Gangnam Style
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Gangnam Style" | ||||
![]() |
||||
Single oleh PSY | ||||
---|---|---|---|---|
daripada album PSY's Best 6th Part 1 | ||||
Dikeluarkan | Julai 15, 2012 | |||
Format | Single CD, muat turun digital | |||
Genre | Hip house, electro house, Hip hop, K-Pop | |||
Panjang | 3:39 | |||
Label | YG, Universal Republic | |||
Penulis | Yoo Gun-hyung, PSY | |||
Kronologi single PSY | ||||
|
"Gangnam Style" | |
Hangul | 강남스타일 |
---|---|
Hanja | 江南스타일 |
Perumian Semakan | Gangnamseutail |
McCune–Reischauer | Kangnamsŭt‘ail |
Video muzik
Video muzik "Gangnam Style" memaparkan Psy yang membuat tarian ala menunggang kuda yang lucu di lokasi-lokasi yang tidak disangka-sangka di sekitar Daerah Gangnam, seperti kelas yoga luar bangunan dan takung mandi panas. Ia menampilkan "persendaan kepada imej Gangnam" oleh "Psy yang bukan orang Gangnam"; lawak ini pasti difahami oleh sesiapa yang mengenali budaya Korea.Dalam K-Pop, adalah satu kebiasaan untuk menampilkan selebriti undangan dalam video muzik, seperti babak tarian dalam lif dan tempat letak kereta. Antara mereka yang muncul dalam video ini ialah:
- Ahli 4minute, Hyuna yang memainkan peranan sebagai teman wanita Psy serta tampil dalam dua babak tarian yang terakhir.
- Ahli-ahli BIGBANG, Daesung dan Seungri muncul dalam video ini sebagai dua orang tua yang bermain permainan papan di taman; merekalah yang ditiup oleh letupan di latar belakang.
- Hwang Min-woo, seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang menari di awal video. Ketika ditemu bual oleh CNN, Psy menjelaskan bahawa "pada malam sebelum penggambaran video muzik, saya sedang menonton Korea's Got Talent dan menyaksikan dia menari ikut rentak lagu Michael Jackson. Gerak-gerinya sungguh melucukan, jadi kami memanggilnya untuk menjemputnya masuk ke dalam video muzik yang dirakam pada keesokan hari, jadi dia datang dan semuanya menjadi." Dia telah dipuji kerana gerak-geri tariannya yang menarik perhatian ramai penonton.
- Pelawak/pengacara televisyen, Yoo Jae-Suk, beradu tarian dengan Psy.
- Pelawak/pengacara televisyen, No Hongchul, menari dalam lif bersama tarian busung pelvis dengan Psy yang ber-rapping di celah kakinya.
Keluaran
Apabila "Gangnam Style" mula-mula dikeluarkan pada 15 Julai 2012, ia hanya dikenali oleh peminat K-Pop, khususnya yang meminati keluaran label rakaman Psy, iaitu agensi pengurusan YG Entertainment. PSY memberitahu Agensi Berita Yonhap bahawa beliau pada asalnya "tidak membuat videonya ini untuk tontonan luar negara...Selama ini, video ini untuk peminat tempatan." Walau apapun, para peminat K-Pop terus mengeposkan video tersebut di rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dan tidak lama kemudian, ia mencuri perhatian para pengguna Internet yang bukan peminat K-Pop. Dalam masa yang singkat, para selebriti antarabangsa turut mengongsikan video ini bersama peminat-peminat mereka.Kira-kira sebulan selepas keluarannya, pada 17 Ogos, "Gangnam Style" menduduki kedudukan teratas di rancangan TV muzik Korea, Music Bank di KBS 2TV.

No comments:
Post a Comment