Ermm ini........ aku ......benda ni cikgu ku yg suruh .... dengan itu ku akn buat nye cikgu misi berjaya cikgu.:) LOMP(aq pon tringin gak enset smart phone cegini)
Galaxy Note diumumkan oleh Samsung
ketika "Internationale Funkausstellung Berlin" 2011 di Berlin]]. Ia
dibebaskan kepada umum bermula di Jerman pada akhir Oktober 2011, dengan
negara lain sejurus selepas itu. Menjelang akhir November, ia terdapat dikebanyakan pasaran utama, termasuk Asia Timur, Europe dan India.
Pada Disember 2011, Samsung mengumumkan bahawa 1 juta Galaxy Notes
dihantar dalam tempoh kurang dari dua bulan, dan bahawa Galaxy Notes
akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula dari 19 Februari 2012 dari
AT&T. Pada awal Januari, unit awal, khusus bagi pengendali AT&T, dibekalkan kepada media, sebagai persediaan bagi terbitan awam di pasaran Amerika Syarikat.
Galaxy Note, dengan skrin 135 mm (5.3 in), bersaiz antara telefon pintar seperti Galaxy S II dan tablet Galaxy Tab.
PC World Australia berpendapat bahawa Samsung Galaxy Note terlalu besar
sebagai telefon mudah alih sebenar, menyebut kesukaran menggunakannya
sebelah tangan.
Techradar mempersoal pemasaran Samsung Galaxy Note kerana pengguna
tidak dapat menyimpannya dalam poket kecil dan kelihatan hodoh apabila
meletakkannya pada pipi mereka ketika berbual. GigaOM menganggapnya sebagai perintis dalam segmen pasaran baru, sungguhpun Dell Streak yang berbentuk sama tetapi gagal, menggabungkan ciri terbaik kedua jenis peranti. Pocket-lint mengulas bahawa Samsung Galaxy Note menunjukkan potensi sebagai konsol permainan.
Sebagaimana telefon pintar dan tablen terkini, peranti ini dibina
dalam format "kepingan" ("Slate"). Badannya dari plasting dengan bingkai
logam.Panel hadapan menggunakan kaca Gorilla,kaca diperkukuh yang sering digunakan bagi peranti mewah sepertinya.
Samsung menghasilkan beberapa himpunan hiasan seperti penutup skrin di kepit (yang menggantikan penel belakang), docking station, dan pencaj bateri tambahan dan styluses.
No comments:
Post a Comment