HEi korang cikgu aq suruh buat bender ni jadi aq buat la ini aq kongsi sikit je tentang sejarah nye je ye enjoy.
Matematik
Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
kuantiti,
struktur,
ruang dan
perubahan.
Ahli matematik mencari
pola, memformulasikan
konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari
aksiom dan
definisi yang dipilih dengan baik
.
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti
nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik
Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya".
Albert Einstein
sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada
realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk
kepada realiti".
Dengan penggunaan
pengabstrakan dan penaakulan
logik, matematik berevolusi dari
pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap
bentuk dan
pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis.
Hujah yang rapi mula wujud dalam
Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya
Euclid,
Elemen.
Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun
ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di
dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan
Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan
penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah
sains semula jadi,
kejuruteraan,
perubatan dan
sains sosial.
Matematik gunaan,
satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam
bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang
baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin
matematik yang baru sepenuhnya seperti
statistik dan
teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam
matematik tulen,
satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa
aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal
untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui
Sejarah
-
Sebuah
quipu, yang digunakan oleh
Inca untuk merekodkan nombor.
Proses evolusi matematik boleh dilihat sebagai satu penambahan berterusan siri-siri
pengabstrakan, atau satu pengembangan isi. Pengabstrakan pertama yang dikongsi oleh banyak haiwan, berkemungkinan adalah
nombor; contohnya kesedaran yang dua epal dan dua oren mempunyai satu persamaan.
Selain pengetahuan
membilang objek
fizikal,
manusia prasejarah juga mengetahui bagaimana untuk membilang kuantiti
abstrak seperti
masa -
hari,
musim,
tahun. dan diikuti dengan kebolehan
aritmetik permulaan seperti (
penambahan,
penolakan,
pendaraban dan
pembahagian).
Angka direkodkan dalam pelbagai sistem seperti kayu pengira ataupun untaian bersimpul yang dikenali sebagai
quipu yang digunakan oleh orang
Inca. Terdapat banyak jenis
sistem angka terawal, dan angka bertulis pertama yang diketahui, dicatatkan oleh orang
Mesir purba.
Tamadun Lembah Indus telah membangunkan sistem perpuluhan moden yang pertama, termasuk konsep
kosong.
Matematik pada mulanya digunakan dalam
perdagangan,
pengukuran tanah, corak
tenunan dan
lukisan dan untuk merekodkan masa. Ilmu ini menjadi semakin maju selepas 3000SM apabila orang
Babylon dan
Mesir Purba mula menggunakan aritmetik, algebra asas dan geometri untuk
cukai dan lain-lain pengiraan kewangan, pembinaan dan
astronomi. Pengkajian matematik secara sistematik telah dimulakan oleh orang
Yunani Purba antara tahun 600 dan 300SM.
Semenjak itu, ilmu matematik berkembang dengan pesat dan terdapat juga interaksi yang bermanfaat antara matematik dan
sains
yang memberikan faedah kepada keduanya. Penemuan-penemuan terbaru dalam
matematik berlaku sepanjang sejarah manusia dan proses in berterusan
sehingga hari ini. Menurut Mikhail B. Sevryuk, dalam
Bulletin of the American Mathematical Society isu Januari 2006, '"Jumlah kertas kerja dan buku yang ada dalam pangkalan data
Mathematical Reviews
sejak 1940 (tahun pertama operasi MR) adalah melebihi 1.9 juta, dan
lebih 75 ribu item ditambah ke dalam pangkalan data setiap tahun.
Majoriti besar hasil kerja dalam pangkalan data ini mengandungi
teorem matematik yang baru dan
bukti-buktinya."
.
itu je......